Followers

Wednesday 5 June 2013

Semantik..oh..Semantik

Assalamualaikum..
Hai..selamat malam sahabat semua..Lin dalam mood exam, jadi entry kali nie pon pasal nota-nota exam..hu3..selepas kertas "Drama" selesai dijawab dengan jayanya..kertas Semantik pula menunggu. Nak tak nak kita kena study..wehuuu study sampai lebam ok!!!! yaaa cayookk!!!

Semantik???

  • Semantik merupakan kajian makna istilah.
  • Asalnya daripada perkataan Greek "Semantikos"-erti yang penting
  • Menurut Abdullah Hassan (1992:1)-istilah yang merujuk kepada kajian makna. Meneliti makna kata,bagaimana asal mulanya, bahkan bagaimana perkembangan dan apakah sebab-sebab berlakunya perubahan makna dalam sejarah bahasa.
  • J.W.M Verhaar (1996:1)- cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna.

Pragmatik??
  • Kamus Dewan Edisi Ke-3 (2002:1054) : mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mengutamakan kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan sebagainya.
  • Dr Mansoer Petada (1995 :128) : cara penggunaan bahasa yang disesuaikan dengan faktor-faktor penentu.

Perkaitan antara semantik dan pragmatik
  • Kedua-duanya merupakan bidang yang berbeza tetapi saling melengkapi untuk memperoleh makna sebenar.
  • Semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya dan oleh itu pengkajian bidang pragmatik akan menginterpretasikan makna yang bukan melibatkan faktor linguistik.
  • Pragamatik akan menghuraikan dan menjelaskan kekaburan makna yang lebih berbanding semantik.
  • Saling berhubungan dan memerlukan antara satu sama lain bagi meginterpretasi ujaran.
  • ilmu pragmatik dapat menghuraikan makna dengan tepat berbanding semantik terutama dalam konteks ujaran.




No comments:

Post a Comment