Followers

Tuesday 9 July 2013

Novel Tingkatan 1 : Hikmah



SINOPSIS
Amri ketua pembuli di sekolahnya. Dia dan kawan-kawannya selalu meminta wang perlindungan daripada murid-murid junior. Tiada sesiapa yang berani mengadukan tindak-tanduk Amri kepada guru kerana takut dibuli dengan lebih teruk oleh Amri. Guru pun tidak dapat menghukum Amri kerana ketiadaan bukti. Walau bagaimanapun, Sapura seorang pengawas sekolah yang berani memberitahukan hal Amri kepada guru disiplin, Cikgu Salman apabila ternampak akan salah laku Amri ketika meminta wang perlindungan daripada seorang murid junior. Amri berdendam dan merancang untuk mengenakan Sapura.

         Pada masa yang sama, Amri berubah sikap apabila di rumah. Dia anak yang baik dan menyayangi ibunya. Amri dan ibunya hidup dalam kesusahan kerana bapa Amri tidak bertanggungjawab dan selalu meminta wang daripada ibu Amri. Sikap ayah Amri yang panas baran dan ganas itu menyebabkan Amri memberontak. Dia melepaskan kemarahannya dengan membuli murid-murid lain. Bagi Amri, orang lain pun perlu merasai sama rasa sakit hati yang ditanggung oleh dirinya.

       Amri mengenakan Sapura dengan menyebabkan Sapura terjatuh ke dalam bendang. Sapura dan basikalnya diselaputi lumpur. Apabila pulang ke rumah, Amri mendapati bahawa ibunya cedera di dahi akibat perbuatan ayahnya. Ibu Amri juga pitam. Kesusahan yang dialami oleh Amri dan ibunya ini telah diketahui Sapura apabila Sapura datang ke rumah Amri untuk mengadukan kenakalan Amri kepada ibu bapa Amri. Sapura memahami punca kenakalan Amri dan bersimpati kepada Amri. Sapura ingin menolong Amri.

          Amri berbasikal ke pekan yang jauh untuk membeli ubat untuk ibunya. Ketika ingin pulang, seorang pemuda meminta pertolongan daripada Amri. Rupa-rupanya Amri diperangkap. Pemuda itu dan kawannya ingin menyamun Amri. Apabila tidak berjaya mendapat wang, mereka membelasah Amri dan membuang ubat yang dibeli oleh Amri. Mujur Amri kemudiannya telah dibantu oleh Sapura.

          Sapura dan ayahnya membawa Amri ke hospital. Sebelum itu, mereka berdua sudah membawa ibu Amri ke hospital. Sejak kejadian itu, Amri dan Sapura bersahabat baik. Amri pun berasa insaf dan tidak mahu membuli lagi sebaliknya dia ingin menjadi pembela kepada murid-murid yang pernah dibulinya. Ayah Amri pula dipenjarakan kerana terlibat dengan perjudian haram dan dadah. Dia insaf dan memohon agar diberi peluang oleh Amri dan ibunya. Amri tidak berdendam lagi dan semakin bijak mengawal emosi

TEMA
  • Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Amri adalah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.


PERSOALAN
  1. Tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga
  2. Kasih sayang ibu terhadap anaknya
  3. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya
  4. Peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah
  5. Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan
  6. Saling memaafkan atas kesilapan lampau


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama 
Amri
-seorang pelajar sekolah menengah dan merupakan anak tunggal dalam keluarganya.
-seorang kaki buli dan sering mengugut pelajar junior supaya membayar wang perlindungan.
-seorang pendendam.
seorang anak yang taat akan perintah ibunya.

Sapura
-seorang pengawas sekolah
-seorang yang tegas dan berani.
-seorang yang baik hati.

Emak Amri
-seorang ibu yang kasih akan anaknya.
-seorang isteri yang taat akan perintah suaminya.
-seorang yang pemaaf kerana sanggup memaafkan suaminya dan sedia menerima kehadiran suaminya semula.

Watak sampingan
Ayah Amri
-seorang kaki pukul.
-terlibat dengan penagihan dadah.
-sering memukul isterinya untuk mendapatkan wang.
-akhirnya menyesal akan perbuatannya.

PLOT
Binaan Plot:
(a) Peristiwa disusun secara tidak kronologi. Terdapat peristiwa imbas kembali. Contohnya, Sapura teringat kembali peristiwa ketika dia hendak ke kantin untuk bersarapan. Sapura terlihat akan Amri sedang memarahi seorang pelajar junior. Bermula daripada peristiwa itulah Sapura melaporkan hal itu kepada Cikgu Salman dan Amri dikenakan hukuman.

(b) Pada permulaan cerita, Amri berasa sakit hati kepada Sapura apabila pengawas sekolah itu mengadukan halnya mengugut Saleh kepada guru disiplin sekolah, Cikgu Salman. Oleh sebab Sapuralah, dia telah dirotan oleh Cikgu Salman. Amri bertekad untuk membalas dendam terhadap Sapura.

(c) Plot berkembang apabila Amri memarahi ayahnya kerana menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga susah. Ayahnya sering meminta duit daripada ibu Amri. Amri bersimpati terhadap ibunya. Amri sangat sayang akan ibunya. Tetapi Amri tidak berdaya untuk membantu ibunya. Pada suatu hari, ibu Amri telah dipukul oleh ayahnya sehingga luka di dahi. Amri segera ke bandar untuk membelikan ibunya ubat.

(d) Pada bahagian klimaks, Amri telah ditahan oleh seorang lelaki yang cuba menyamunnya ketika pulang dari farmasi. Lelaki itu dan kawannya meminta wang daripada Amri. Oleh sebab Amri tidak memberi mereka wang, mereka telah memukul Amri dan menuangkan ubat yang dibeli oleh Amri untuk ibunya.

(e) Plot mula menurun apabila Sapura dan ayahnya membantu Amri yang cedera dipukul penyamun. Mereka membawa Amri ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Amri dan emaknya mengucapkan terima kasih kepada keluarga Sapura kerana membantu mereka.

(f) Plot ditamatkan setelah Amri insaf. Kini, Amri dan Sapura berkawan baik. Amri juga telah berubah menjadi menjadi murid yang baik dan pelindung kepada murid-murid yang lemah.

NILAI DAN PENGAJARAN

Bertanggungjawab
  • Ibu Amri menjalankan tanggungjawab seorang ibu dengan menyediakan makan tengahari dan wang saku untuk persekolahan Amri.
  • Sapura bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin.


Prihatin
  • Sapura dan ayahnya prihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri. 

kemaafan
  • Sapura bersedia memaafkan Amri walaupun Amri pernah menyakitinya dan Amri pula bersedia memaafkan ayahnya. 

Kasih sayang
  • walaupun Amri hidup dalam kesusahan namun dia amat menyayangi ibunya. 


















Novel Tingkatan 2 :Erti Sebuah Pengorbanan



Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand.
      
           Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

       Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.

           Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Iman. Namun, Iman memaafkan Linda. Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.


Tema
Kasih sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.  Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Persoalan
1.  Persoalan pengorbanan
     Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk       berkahwin  
     kerana  anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut.  Ayah Iman akur 
     dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.  Adif
     Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2.  Persoalan ketabahan
     Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.  Setelah ditinggalkan
     oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya
     tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.  Segala masalah dihadapinya tanpa
     merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3.  Persoalan hubungan persahabatan
     Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama
     menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
     Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke 
     peringkat daerah.

4.  Persoalan taat kepada perintah agama
     Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang
     dihajatinya tercapai. 

Plot
Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya.  Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand.  Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.

Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung.  Mereka sering  bersama-sama ke sekolah.  Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama.  Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.

Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman.  Hal ini menghairankan Iman.  Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya.  Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda.  Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.

Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut.  Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang.  Namun dia cekal.  Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.

Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman.  Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

Teknik Plot

1.    Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.

2.    Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.

3.    Imbas kembali
Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.

4.    Suspens
Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.


Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Iman Zulaikha
  • Pelajar tingkatan satu
  • Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.  Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.
  • Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.  Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.
  • Pemaaf
Iman merupakan seorang yang pemaaf.  Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
  • Berani
Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan
Cikgu Julia
  • Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
  • Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
  • Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.

Pei Wen
  • Merupakan sahabat baik Iman.
  • Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya. 

Adif Danial.
  • Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
  • Rakan sekelas Iman Zulaikha.
  • Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.

Linda
  • Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
  • Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.


 Latar
 Latar Masa
Ø  Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
Ø  Pada  waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
Ø  Pada  waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat
Ø  Sekolah
Tempat  Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.
Ø  Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Ø  Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Ø  Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat
Ø  Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Ø  Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Ø  Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

Nilai
1.    Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah.  Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.
2.    Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
3.    Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Pengajaran
1.    Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.
2.    Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
3.    Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN TINGKATAN 3 - 2012



Antologi Teks Komponen SASTERA dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu yang akan diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 di seluruh negara mulai 2012 yang mengandungi 23 karya pelbagai genre sastera yang terdiri daripada puisi tradisional, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Selamat membaca dan menghayati kesemua karya sastera sekali gus menjawab soalan pemahaman peringkat PMR 2012 buat kali pertama.

JUDUL KARYA DALAM ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN
MENGIKUT GENRE

Bil
Jenis Genre
Antologi
Harga Sebuah Lukisan
1
Puisi   tradisional
     · Pantun Empat Kerat (Muafakat)
     · Pantun Nasihat (Bersatu hati)
     · Pantun Berkait (Bekerja)
       Syair Panduan Untuk Para Remaja
     · Syair Berbuat Jasa
     · Syair li-Attar Gaib
2
Sajak  
     · Fragmen Sebuah Kehidupan
     · Kata-kata
     · Keusangan Budaya
     · Seorang Insan Istimewa
     · Pesan Buat Anak-anak Merdeka
     · Rumput
3
Prosa Tradisional
     · Hikayat Seri Kelantan
     · Hikayat Patani
     · Hikayat Marakarma
     · Kuda Janggi Gerdana
4
  Cerpen  
     · Mutiara Bonda
     · Segala Yang Tercinta Ada Di Sana
     · Harga Sebuah Lukisan
     · Budi Semangkuk Daging
     · Mencari Nafas Baharu
5
Drama
     · Sebuah Perjuangan
     · Cabaran
Jumlah Karya
23

sumber : guru cemerlang


Monday 8 July 2013

Sekolah Baru..SMK TUN PERAK..

Assalamualikum..
Hari ni lin nak cite pasal tempat baru untuk praktikal nanti..kalau sebelum ni lin ade post tentang SMK TEMENGGUNG KATI..hmmm dukacita dimaklumkan lin dah kena riject dari sekolah tu..apa boleh buat,redo sajalah..cuma empat orang daripada sembilan orang pelajar Upsi yang diterima..dah ramai sangat guru katanya..sedih tu ye jugak,sebab lin da ready nak pergi sekolah ni..barang-barang semua dah angkut pergi rumah member..aiyyoo, dah kena riject ni apalagi terus call sekolah lain.

Alhamdullilah dah dua tiga buah sekolah lin call..merayu nak mohon praktikal..hikhik..akhirnya sekolah ni yang terima..Huh lega rasanya..selesai satu masalah..:)
dan sekarang SMK Tun Perak akan menjadi tempat praktikal yang baru..suka tak suka, kena hadapi jugak dengan hati yang rela..mungkin semua nie ada hikmahnya..di sini akanku curah segala ilmu, akan kutimba segala pengalaman baru dan akan ku cuba lakukan sehabis baik..amin..InsyaAllah..



Wednesday 19 June 2013

Puisi Buat Wanita...



Apabila ku renung hari semalam..
dadaku terasa sesak seketika..
mengenang dosa-dosa silam yang telah aku lakukan..
aku insan hina yang lemah dengan godaan syaitan..
langsung tersungkur dengan kata-kata durjana syaitan bertopengkan manusia..
cinta dusta..cinta yang hanya memberi air mata..

wahai wanita yang mulia..
 sedarlah engkau dari lamunan dan tingkahmu..
perkuat iman di dada..perkemas pakaian yang diguna..
jangan biarkan nafsumu menguasai akal fikranmu..
jangan biarkan amarahmu menghantui jiwa ragamu...
kerana suatu masa hidupmu tak bisa tenang...
oleh amalan yang sia-sia...

wahai wanita seperjuanganku..
ayuh kita sama-sama bangkit semula..
memulakan nafas kehidupan baru yang indah..
hindari tipu daya, hindari segala maksiat hina..
segala nikmat disyukuri seadanya...
moga haruman syurga melingkari ruang rongga hidup..
buat selama-lamanya...





Wednesday 12 June 2013

Tamat semester 6 ^_^

Assalamualaikum..

Hai semua..waa, rasa teruja sangat hari ni, last payperrrr!!!.^__^ akhirnya sem 6 telah berakhir dan secara rasminya hari ni cukup tiga tahun aku berada di bumi Tanjung Malim, di universiti tercinta, UPSI..hik3..kalau nak cerita dari mula hingga kehari nie memang tak terkata lah..yang pahit yang manis yang masam-masam manis semua ada..tapi apapun alhamdulilah dapat jugak aku harungi semuanya walaupun kadang rasa down tu ada..yelah laut mana yang tak bergelora..:P
Hari ni tepat pukul 11 pagi keluar dewan besar dengan penuh rasa excited!huu abis dah exam..paper last Manuskrip Melayu..fuhh empat esei selesai dikarang dalam masa 2 jam..mohon A++ ye proff..hehe..lepas ni packing barang angkat kaki kita balik kampung..perjalanan seterusnya bersedia untuk praktikal bulan Julai nanti..

muka2 lega habis jawab exam..merdeka!!! tamat sudah semester 6 ^_^ 


and for tonight....................................................................................................................lets we dinner together gather..n this is our destination..nampak macam kedai makan biasa kan..tp jus buah dy memang superb! lain kali datang kena order gelas besar..haha.nampak sangat aku tamak :P..kedai makan ni sekitar pekan Tanjung Malim..ramai jugak student2 Upsi makan n lepak2 kat sini..apa lagi jom serbu!!!

restoren P'yoor ^__^
chicken grill..nyummy..bau black paper dy, kau2 ho liaw la...
zira n kak azie (manis sangat dah la tu kononnya..ngeh3..)

weee~sweetnye..
ni kak azie..solo lagi..ha3..student master "physic"


sempat lagi singgah butik..tengok baju raya..

n for the last..kami semapat pergi melepaskan suara-suara sumbang yang dah lama tersimpan..haha..karoke sampai pecah suara, lebih 20 lagi menyanyi..erkkk~setahun sekali katanya, haha u see betapa hebatnya depa suma nyayi..langsung tak sedar aku snap pic..hak3

sekian~

Sunday 9 June 2013

Buat Sahabat...


Salam sahabat..
Lagi beberapa hari je lagi kita akan menghabiskan sisa-sisa hari sebagai pelajar sem 6 di UPSI..sedih pulak rasanya...lepas ni kita kan melangkah ke pintu gerbang yang seterusnya..heee3..macam nak kawin pulak kan..lepas ni kita akan berpraktikal di sekolah pilihan masing-masing. Diharapkan segalan urusan dipermudah dan buat sahabat-sahabat, kautlah segala banyak mana pengalaman yang boleh..baru sekarang ku merasa sendiri, menjadi seorang guru bukanlah mudah..huh!

Terima ksih buat sahabat-sahabat (azira, aziatie n fatin)..selama 3 tahun kita bersama..banyak benda yang dah kita lalui bersama. InsyaAllah tahun depan kita akan bersama-sama lagi serumah dan sebilik dan sehati dan sejiwa menghadapi sem akhir nanti..
  
LOVE ALL OF U EVER N EVER..okeyh!!!









Sahabatku...Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...Jika Aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah akudengan tarbiyah pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya,Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok pemisah,Ajaklah aku meleraikannya segera....
Dan... Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku.....
Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE....

Friday 7 June 2013

Suara untuk Sahabat...

Assalamualaikum..
Aku blurr seketika..fikiranku melayang entah ke mana..sejenak aku memikirkan kesilapanku, entah di mana silapnya..jawapnnya masih lagi menjadi tanda tanya..mungkin ini suatu petanda untuk menguji aku dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang sedia mencabar. Ku pusing kiri, ku dengar  suara bisikan "abaikan" dan bila ku pusing kanan, ku dengar pula " sahabat perlu salng mendoakan"
         Sebak rasanya di dada, bila mengenangkan persahabatan yang ku ibaratkan seperti "adik beradik" ini kau putuskan begitu saja. Mungkin aku belum cukup mengenalimu sahabat, dan memang benar akan kata-katamu bersahabat itu bukan hanya pada muka buku. Ya, ku akui..tapi pesahabatan yang bagaimana lagi kau mahukan??
         Aku akui, aku hanya mampu menjadi sahabatmu yang apa adanya..bagiku istilah "sahabat" cukup besar dan bermakna. Bersahabat bukan untuk sehari dua tetapi bersahabat untuk selama-lamanya..biarpun kadangnya aku tak mampu berada di sisi tatkala kau jatuh..tatkala kau dirundung duka..tatkala kau menangis..oleh kerana jarak dan masa yang menghalang, hakikatnya, aku bukanlah sahabat yang seburuk kau sangka. Ingatan dan jalinan persahabatan itu masih utuh..dan tidak sekali-kali aku memutuskannya..
       





Drama Jejak Pahlawan..Best!!


Assalamualikum
hmmm, boringnya malam ni Lin tak tahu nak buat apa..nak study rasa malas sebab paper seterusnya hari Rabu nanti, jadi ada masa 4 hari nak baca..so....kita rehat dulu, corat coret sama ini blog..hew3..

       Entry kali ni nak rakam balik pengalaman manis berdrama. cehhh, maca Lin pulak pelakonnya. Pementasan drama ni untuk kursus Drama dan Amali Seni Lakon, ya my minor subject..nak tak nak memang kena jugak..apa-apa pun memang suweeetttt sgt n bangga sekali dapat bersama-sama dengan kawan yang lain buat pementasan ni. First time join drama, mang banyak yang Lin sendiri belajar..dari segi lakonan, pengurusan, teknikal n so on..

           JEJAK PAHLAWAN..hah ni la tajuk drama ni..gempakk kan..hu3..olahan skrip drama ni oleh pensyarah kursus ni sendiri Prof. Mana Sikana, tak pun kami panggil Pak Mana..haa ni dia, kacak dan handsome lagi..


Pementasan drama "JEJAK PAHLAWAN" berlangsung seprti yang tertera kat banner bawah ni..


Alhamdulilah lebih kurang 3 bulan buat latihan tiap-tiap malam............



Hahhh,,ni hasilnya, kami dapat persembahkan drama dengan baik. Ramai yang bagi feedback yang cukup menggembirakan hati. Apa yang pasti, penonton tak berganjak dari tempat duduk keluar dari dewan sampaila habis drama ni. Kepuasan yang kami janjikan telah kami tunaikan. Ade jugak tue penonton yang hafal beberapa skrip yang ada dalam drama ni...terbaiklahh!!!

yahhh,,ni dia team JP..nampak tak sebelah kiri Pak Mana tu, tu dia pengarah hebat kami Mohd Khairul, orang yang paling "buzy" memantopkan drama ni. hehe.. Jom kita terjah satu persatu gambar-gambar krew JP..^_^

pengarah yang garang :P..haha..

ni Pak Awang (nama dalam watak-xoxo hero utama drama JP) amacam make-up?jadi tak..nah teengok jugak pelakon2 ni make-up..nukilan tangan abg sobri..:)

so beautifulllllll...ahaha~

jejaka panas Malaya :P..dari kiri (Atan, Pak Leman, Apit, Murad, Gon Cai)




alamak..macam kenal je pelakon cina tu..hehe..siapakah???

sebahagian daripada pelakon-pelakon yang membintangi drama..



ini minah-minah becok Kampung Sendayan.. haha..

askar-askar Melayu..segak dak..oleh kerana kekurangan pelakon lelaki..perempuan pun boley..jalan saja..

situasi peperangan atas pentas..real tak real..sy salah sorang tentera tu..hoho

sesi menghias ..tanam pokok atas pentas..hu3

antara scene babak yang ditunggu-tunggu...penuh suspen apabila Pak Awag kena culik dan dikurung..by the way..cantik krew prop buat cage tu..huhu


mereka-mereka yang kuat bergambar..hehe (jangan mara)

 i like this..family JP..


Ok,,letih dah nak upload gambar lagi..
terima kasih kepada krew-krew Jejak Pahlawan..~ ur the best..kalau ade offer nak buat pementesan..moh le jemput kami buat..hee3..