Followers

Tuesday 28 August 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Pelajar IPT



Assalamualikum…


Assalamualikum…

Hari ni sy sekali lagi terdengar akan isu pemberian Kad Diskaun 1 Malaysia ni. Sebulan selepas naik semester baru ni InsyaAllah semua pelajar akan diberikan kad diskaun ni secara percuma.
    Sebagai mahasiswa sememangnya ini yang dinanti-nantikan dan rasanya ramai    pelajar di luar sana tak sabar-sabar untuk mendapatkan kad tersebut. Rentetan daripada kenaikan harga minyak dan makanan, ramai mahasiswa bersuara dan berharap agar Kad Diskaun yang pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bersama Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak dapat diimplementasikan secepat mungkin.
    Sy berharap dengan Kad Diskaun ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pelajar, ini kerana dengan Kad Diskaun ini, pelajar boleh menggunakan dalam pelbagai fungsi terutamanya untuk membeli keperluan harian pelajar.

Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M 

1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.

2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

Permohonan Kad Diskaun 1Malaysia 
1. KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.

2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing. Info lanjut sila layari laman KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA

Terdapat lebih 51 syarikat telah bersetuju untuk memberikan diskaun melalui kad KDS1M tersebut yang mana meliputi buku alat tulis pakaian makanan barangan IT perkhidmatan kesihatan termasuk juga percutian.

beberapa sumber mengatakan tempat-tempat yang menawarkan perkhidmatan penggunaan kad diskaun siswa Malaysia.
a. Pengangkutan - Rapid KL, KTM, 
Transnasional, MAS, AirAsia
b. Restoran - McD, KFC, 
Starbucks, Coffe Bean 
basically franchise 
c. Hypermarket - Tesco, 
Giant,Parkson,Metrojaya,Jusco
d. Petrol - Petronas (wajib), 
Shell, BP
e. Gedung pakaian fesyen remaja
Zara, MNG, Adidas, Nike dll 
f. Kedai alatulis/buku
Kinokuniya, dll
g. Pusat riadah, ilmu - 
kompleks2 sukan, 
futsal,boling,paintball dll
i. Kedai-kedai alat muzik, kedai 
jual cd movie atau lagu-lagu.


No comments:

Post a Comment