Followers

Wednesday 28 November 2012

Novel Syabab Musafir Kasih

Assalamualaikum..
Saya baru sahaja selesai membuat kajian mengenai novel "Syabab Musafir Kasih" ini. Apa yang lebih menggembirakan penulis novel ini baru sahaja mengadakan sesi forum di Dewan Kolej Ungku Omar UPSI..forumnya bertajuk "Cinta VVIP' memang menarik sekali. Saya sempat menghadirinya dan sedikit sebanyak mengambil input yang berguna melalui penyampaiannya.

 
           Novel berjudul “Syabab Musafir Kasih” terbitan Telaga biru ini merupakan sebuah karya unggul daripada penulis tempatan iaitu  Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Beliau merupakan novelis sayembara novel remaja Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka 2006. Kemunculannya dalam bidang penulisan novel sememangnya memberi nafas baru terutamanya dalam bidang keagamaan. Sekilas mengenai latar belakang peribadinya, penulis ini berasal dari Ajil Terengganu. Beliau merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian beliau mengambil Ijazah Bacaan  Quran Bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Arab. Kini, beliau menyambung pengajian peringkat sarjana di UIAM. Beliau mula berkarya dengan Telaga Biru Sdn. Bhd pada Disember 2005.
            Novel  setebal 361 halaman ini banyak menggariskan panduan hidup berlatarkan ajaran agama yang luhur dan suci. Bermula daripada bab satu hingga bab tujuh belas, Fatimah Syarha cuba mengungkap kisah hidup seorang anak yatim bernama Syabab yang hidup dengan penuh liku dan  cabaran dalam mencari identiti dirinya. Kelahiran anak desa yang langsung tidak mendapat perhatian ini telah mendesaknya untuk berdikari sejak kecil lagi dan sekaligus memperlihatkan usahanya untuk berjaya dalam kehidupan. Kehadiran jirannya, Nur Mumtazah telah banyak mengajarnya erti kehidupan. Di samping itu, kemunculan watak-watak lain turut melengkapkan cerita ini dengan kisah mereka tersendiri.
            Melalui novel “Syabab Musafir Kasih” ini banyak nilai-nilai yang mampu dijadikan iktibar dan panduan terutamanya dalam menuntut generasi muda kini membentuk modal insan yang diharapkan oleh negara. Sememangnya sudah menjadi hasrat negara melahirkan modal insan yang menjadi indikator demi pembangunan negara yang berkualiti. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Modal insan yang dimaksudkan di sini haruslah memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.




Merawat Hati yang Luka...


1. Ingat !!! Pengalaman masa lalu memang sukar untuk dilupakan.. Kecuali Kamu Amnesia..

2. Ambil pengalaman positif dari kesalahan masa lalu daripada diri kamu sendiri..

3. Jangan pernah menyerahkann sayang kamu 100 % untuk kekasih kamu selepas ini . Percayalah tidak ada yang abadi!!! Mengikut kajian usia 12-22 tahun masih belum bisa dianggap serius, kecuali untuk beberapa orang..

4. Jangan membenci !!! semakin kuat perasaan itu kamu tanam, maka semakin subur rasa itu tumbuh dalam hati..

5. Jangan mengulang-ulang mendengarkan lagu-lagu yang  boleh mengenang kembali kisah lama. Melalui lagu tersebut mungkin kamu akan sentiasa berkhayal dan membuai perasaan sendiri.. Kerana lirik lagu itu jugalah akan menekan perasaan sendiri.. setiap hari, setiap saat !!! (Inilah penyebab paling besar tapi jarang kita sedari)..

6. Ingatlah ini zaman moden!!! Hidup tak bisa dibayar dengan "CINTA" dan kata-kata sayang semata-mata. Cuba kamu fikirkan masa depan  !!! 20 tahun yang akan datang: Gajiku berapa, rumahku apa, kenderaanku apa, simpananku berapa !!!.. Masa lalu tetap tidak akan kembali  tetapi masa depan itu pasti..

7. Jika Kamu mahu melupakan "CINTA" yang ada dihatimu saat ini, berikanlah hatimu dan jiwamu kepada "TUHAN" dan "KELUARGAMU". Mengadulah kepadaya dan mohon untuk sentiasa kuat dan tabah tanpa “dia disisimu”

8. Aku, Kamu, Dia, Mereka !!! Pasti sedikit  sebanyak mempunyai pengalaman seperti itu.. Kamu bukan tersiksa karana "CINTA", melainkan kamu sendiri yang menyiksa diri sendiri.. Kerana "CINTA" yang sebenarnya adalah kebahagian, kedamaian, dan ketenangan.. Bukan "CINTA" yang kamu simpan selama ini, melainkan PENDERITAAN yang kamu pilih sendiri, kerana itu adalah bisikan bohong dalam fikiranmu .

9. Ingatlah !!! Semua kekuatan hidup ada didalam genggamanmu..

Tuesday 27 November 2012

Bagaimana Menjaga Hati...



Faktor hati kita menjadi kotor dan berpenyakit ialah kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan kepada Allah. Untuk membersihkan kembali hati kita yang kotor itu, tidak ada jalan lain melainkan dengan bertaubat kepada Allah.

“Wahai orang-orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”. (at-Tahrim: 8)

Taubat bermaksud kita kembali ke pangkuan Allah dengan menyesali ketelanjuran kita dan memohon dari Allah agar Ia mengampunkan kita serta menerima semula kita sebagai hambaNya. Taubat tidak sempurna kecuali dengan menyempurnakan syarat-syaratnya, iaitu;
  1. Meninggalkan maksiat dan dosa yang dilakukan
  2.  Menyesali ketelanjuran melakukan dosa dan maksiat tersebut
  3. Berazam dengan sepenuh hati tidak akan kembali semula kepada maksiat dan dosa tersebut.
  4. Jika dosa dan maksiat itu ada hubungan dengan manusia, hendaklah disusuli dengan memohon maaf dan memulangkan barang yang diambil atau minta halal dari tuannya.

Setelah bertaubat, kita hendaklah banyak beristighfar kepada Allah. Marilah kita mencontohi Nabi kita Muhammad s.a.w. di mana walaupun baginda bersih dari dosa, namun baginda lah yang paling banyak beristighfar kepada Allah. Baginda pernah berkata; “Demi Allah! Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya pada setiap hari lebih dari 70 kali” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.). Di dalam riwayat yang lain, baginda berkata; “Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah pada setiap hari lebih dari 100 kali” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Berkata Imam Hasan al-Basri; “Banyaklah beristighfar sama ada di rumah kamu, ketika kamu mengadap hidangan, ketika di jalan, ketika di pasar, ketika kamu berada di dalam majlis atau di mana saja kamu berada kerana kamu tahu bila akan turunnya keampunan Allah”.

Monday 12 November 2012

Jom Mandi Sungai..:D


ahaa..assalamualaikum semua..ok ni gambar kenangan kami pergi mandi sungai..memang best lah..nak tau apa yang best???kami pergi naik basikal dengan jalan yang huh bolehlah menguji kesabaran, balik pulak kena hujan lebat..adventure day! tapi semua tu memang bawa kenangan manis yang tak dapat kami lupakan..kepada siapa2 yang tak pernah pergi lagi ke Sungai Samak, apa lagi jomlah pergi..:)
Thankz 4 all my frenz..i got sweet moment for the day..:D



Tuesday 6 November 2012

Biarkan Duka Berlalu




Ingin ku katakan...
Kelmarin satu kehidupan telah pergi
satu janji yang tak mampu ditepati
Kebusukan hati manusia telah meragutnya
Dan aku tak akan bisa menatapnya lagi seumur hidupku
dan biarkan aku pergi membawa hati
tanpa menoleh lagi walau seinci

Jeritan suara terkadang memanggil
juga kata pesanan yang kau beri
namun kupekakkan telinga, ku bekukan hati
untuk apa kau mencari jika sekadar mengisi,
kekosongan malam yang sunyi
mungkin kini kau mengerti
memori indah yang tak bisa dilupa
juga tak bisa dikembalikan semula

Selamat tinggal sahabat
Dalam senja dan air mata kutitipkan sejuta rasa
Sekejap hadirmu membuka lembar2 hidupku
Dan bersama tangisan malam kucuba masuk dalam dimensi barumu,
antara ada dan tiada
Dan terciptalah untaian duka
bagi jiwa-jiwa yangg mampu memahami
erti sebuah kehidupan
Kerana tak akan selamanya kehidupan itu kekal
Bahkan mungkin terlalu sebentar

Ku yakini hari-hariku
Hadapi semuanya dg hati yg selalu tersenyum
menjalani hari dengan hati yang kau miliki,
tak akan ada penyesalan di saat semua harus benar2 berakhir...

luahan hati "cahaya senja"

Sunday 4 November 2012

Jangan Menunggu Lagi...




Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
tapi tersenyumlah, maka kian bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah
tapi bersedekahlah, maka semakin kaya

Jangan menunggu cinta baru berta’aruf
tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam ridhoNya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah
tapi menikahlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu

Jangan menunggu terinspirasi baru menulis
tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam jiwamu

Jangan menunggu termotivasi baru bergerak
tapi bergeraklah, maka motivasimu akan meningkat

Jangan menunggu projek baru mau bekerja
tapi berkerjalah maka projek kan berdatangan kepadamu

Jangan menunggu dicintai baru mencintai
tapi belajar mencintai, maka engkau kan dicintai

Jangan menuggu kuantitas, baru membangun kualitas
Tapi binalah kualitas, maka kuantitas akan bersama orang2 yang berkualitas

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang
tapi hiduplah dengan tenang, insya Allah bukan sekadar wang yang datang

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti
Tapi bergeraklah, maka engkau akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu sukses baru bersyukur
tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu

Jangan menunggu menang, baru bertaqwa total
tapi bertaqwalah dengan total, maka kemenangan pasti kan datang

Para pecundang selalu menunggu bukti
dan para pemenang selalu menghadirkan bukti
Seribu kata mutiara akan dikalahkan oleh satu aksi nyata


sumber :
Ust. Zain Fuad Abdullah/Terapi Cahaya Hati