Followers

Monday 13 August 2012

"Moist Choc Cake.." (Home Made by Elina)

Assalamulaikum…
Hai u olls..:)..Salam ramadhan,,kira-kira tinggal 6 hari lagi nak raya..hari ni sy nak share something..Yess ni dia.. MOIST CHOC. CAKE yg sy buat sendiri..Almaklumlah nak dekat raya ni..excited nak buat kek raya (kononnya :P) Tengok orang lain buat macam senang je n mostly sebab kek ni sedap.. then terus rasa nak cuba buat sendiri kek ni..Resepi ni sy ambil dah berkurun lama di tenet..lupa dah dri mana..hehe..Tp rasanya semua bahan2 yg digunakan sama je..

Lebih kurang 1 jam di dapur…tarra!!!!!!!!! Ni lah hasilnya..boleyla..he3


Kek sedang dibakar..hu3 nasib baik kek ni naik..kira berjaya lah..:P
boleh jgk kalau nak kukus,,terpulang..tp ambil masa yg agak lama..
ni hasilnya selepas kuar dari oven..sy bakar dalam masa 45 minit..:)
dan ni hasil terakhir..sy cairkan coklat masakan, then tuang je kat atas kek tue..Lepas tu tuk lebih nampak
cantik sy tabur dengan sedikit hiasan yg colourful tu..





Kepada siapa2 yg mahu mencuba..cara buat kek moist choc ni, Ok ni bahan2 nya,,

BAHAN A : 
korang ayak dulu
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali sy masukkan bancuhan kek ini dalam loyang dan bakar dalam 1 jam. kalau rase nak wat cup kek boleh masukkan dlm cup kertas ( masukkan 3/4 je bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh tau) dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak .

Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi,kalau lidi yang ditarik keluar tu bersih maksudnya kek dh masak :)

SELAMAT MENCUBA..SELAMAT HARI RAYA!!! Sapa2 nak rasa jemputla 
datang rumah raya ni..^___^

2 comments: