Followers

Sunday 29 July 2012

Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum semua J
Hidup yang kita lalui ni tak selalunya indah dan tak semudah yang kita sangka. Suatu masa kita mampu berada di atas tapi suatu saat mungkin kita akan berada di bawah. Kadangkala kita merasa diri ni terlalu kerdil di sisiNya. Apatah lagi ketika ditimpa musibah. Masa ni lah kita rasa menyesal atas perbuatan yang lalu. Saya pasti semua orang melalui hal yang sama kerana tak mungkin kita hidup di dunia ini penuh dengan kenikmatan yang berpanjangan.
Pernah juga kita merasa kurang tenang atau terlalu sedih dengan sesuatu yang tidak mampu kita terima. Saya juga pernah mengalami kesedihan yang terlampau apabila ayah saya meninggal dunia. Namun segala yang berlaku atas kehendakNya dan siapalah kita mampu melawan takdirNya. Saya redo dan  bagi saya hanya satu sahaja penawar yang mampu  menenangkan jiwa saya  iaitu Al-Quran. Ni lah satu-satunya buku kesayangan yang tak boleh saya tinggalkan kerana itulah jiwa saya. Kalau miss baca macam ade yang kurang je. Percayalah walau dengan hanya membaca satu ayat tapi ganjarannya amat besar. Dari kecil sampailah sekarang ni, saya amalkan membaca Al-Quran setiap hari selepas solat magrib. Alhamdulillah memang terasa tenang :)

Memang tak dinafikan kadangkala kita sibuk dengan tugas-tugas harian sampaikan nak makan pun tak sempat. Tapi janganlah sampai kita abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Walau sesibuk manapun saya akan membaca Al-Quran melainkan ketika cuti umum..hehe J
Terima kasih juga kepada sahabat saya apabila “dia” telah menghadiahkan saya senaskah tafsir Al-Quran tahun ni. Tak sangka hadiah itu yang akan saya terima di ulangtahun hari jadi saya yang ke-22. Ni lah rasanya hadiah yang cukup bermakna bagi saya. Lepas ni bolehlah korang semua tukarkan jenis-jenis hadiah kepada kawan-kawan korang dengan hadiah seperti tu. Orang cakap ‘Full Of Meaning”..:) gitu..hehe..Tak payah nak pening-pening kepala lagi kan nak fikir apa jenis hadiah yang patut kita beli.

Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)
3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga
4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin
10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu
12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.
13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat
14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran
15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat
      *Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “


Di sini aya senaraikan 10 surah yang kita semua perlu amalkan dalam kehidupan seharian. Tolong sebarkan kepada umat Islam yang lain. Yang penting, bacalah kerana memohon rahmat Allah S.W.T., bukannya kerana fadhilat itu semata-mata.

1.     Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2.    Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3.    Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4.     Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5.      Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
6.      Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
7.  Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8.   Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9.      Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10.  Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.






No comments:

Post a Comment