Followers

Saturday 28 July 2012

6 Petanda Lelaki Boros

Assalaualaikum...Hi selamat pagi u olls..apa nak buat ye di hujung minggu macam ni..bosan jugak bila tak ada aktiviti menarik nak buat..sesekali dapat berjalan ke pantai ke, mandi air terjuan ke ,pergi shopping ke mesti best kan. Hurm tapi bajet tak ade lah pulak. Tambah pulak ni kan bulan puasa, duduk rumah sajalah nak jimat tenaga dan kos kononnya..hehe, bukan nak kedekut atau org sebut demand tapi tak nak membazir. Bukankah berjimat cermat tu amalan mulia.
           Bercakap soal membazir ni, selalu kita kaitkan wanita ni golongan yang suka membazir. Berbelanja mengikut kehendak hati saja. Almaklumlah wanita ni memang kuat shopping, satu badan nak berhias ^_^. Pada mata kasar, memang ni lah yang kita selalu nampak malah dah kena cop dah pon "wanita lebih boros daripada lelaki". Kasihan golongan wanita kan.
          Tak nak cakap pasal wanita,cuba kita perhatikan kaum lelaki pulak. Bagaimana dengan mereka?Pandai ke nak berjimat? Huhu.. Hakikatnya, kaum adam ni pun tak terkecuali dalam hal ni. Lihat sajalah, bila mereka disoal tentang isu kewangan diorang buat sikap acuh tak acuh saja kan. Nak berlagak cool kot.hehe
          Tidak hairanlah ramai yang dilihat hidup mewah di awal bulan tapi bila dah sampai hujung bulan masing-masing mula resah sebab poket dah kosong. Jom kita teliti sama-sama tanda-tanda lelaki boros atau terlebih berbelanja ni. Apakah suami, abang, pasangan atau adik kamu tergolong dalam kumpulan ni? Bolehlah kita berwaspada lepas ni kan..

6 Petanda Lelaki Boros

1. Menggunakan Wang Simpanan
Dalam keadaan terdesak mungkin wang simpanan dalam bank tu jadi sasaran kan. Inilah sebenarnya perbuatan yang sangat merugikan. Mungkin anda mengeluarkan simpanan dalam akaun bank, amanah saham, insurans dan sebagainya untuk membayar bil-bil tertunggak. Masa mula-mula dapat gaji semua lupa nak dibayar. Akhirnya, duit dalam bank pun lama-lama habislah dan mungkin menjejaskan pendapatan masa depan nanti.



2. Suka Buat Pinjaman/ Berhutang
Situasi ni samalah seperti "gali lubang". Bila dah terdesak suka ambil jalan mudah dengan berhutang dengan kawan-kawan. Masa tu malu bukan ukuran lagi asalkan dapat duit. Ada juga yang gemar buatpinjaman dengan jumalah yang banyak di bank. Hakikatnya anda tidak tahu, keadaan ini semakin membebankan kerana anda perlu membayar kadar faedah yang tinggi kelak. Mungki juga boleh sampai muflis jika nilai hutang tu terlalu tinggi.


3. Berbelanja Guna Kad Kredit
Tak kurang hebatnya bila ada lelaki yang suka berbelanja guna kad kredit walaupun pada masa tu adawang tunai dalam tangan mereka. Kononya nak berlagak macho lah guna kad kredit depan awek mereka. Malah perbuatan suka mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit untuk tujuan membeli barangan yang kurang perlu bolah mengumpulkan nilai hutang yang anda tidak sengajakan.


4. Terima Notis Bayar Lewat
Kadang kala anda tidak menyedari notis-notis pembayaran yang posmen hantar kat rumah tiap hari tu. Sudah berkurun agaknya dalam peti surat. Secara tak langsung anda telah terlewat untuk membayar dan ketika inilah anda mungkin dalam dilema mana satu nak didahulukan kerana bil yang menanti bulan tersebut perlu dibayar juga.

5. Membelanjakan Wang yang Belum Diperolehi
Sesetengah golongan lelaki ni suka hidup bermewah-mewah dan berbelanja berlebihan daripada jumlah pendapatan mereka. Wang simpanan digunakan sewenang-wenangnya dengan harapan nak simpan duit untuk bulan yang akan datang. Tapi bila dah tiba masanya semuanya jadi lain. Tabiat lelaki ni selalunya suka beli barangan mahal dan berjenama. Biar harga mahal manapun sanggup juga beli asalkan keinginan mereka dipenuhi.

6. Tidak Sedar Ke mana Wang yang Dibelanjakan
Anda telah sampai ke satu tahap di mana wang untuk membeli barang-barang sampingan telah habis.Bila dah jadi masalah seperti ni malas pula nak buat post-moterm kan. Awas! ini sangat membahayakan kerana pada bila-bila masa boleh saja berlaku kecemasan yang memerlukan wang yang banyak ketika itu. Sebolehnya lakukanlah catatan peribadi terhadap wang perbelanjaan anda.





No comments:

Post a Comment