Followers

Thursday 6 June 2013

Puisi Buat Ibu

ibu..
tika ini hanya engkau yang aku rindu..
hanya engkau yang aku sayang..
hanya wajahmu yang mahu kubayang..
kerana engkau satu-satunya tempatku mengadu..
disaat aku lemah tanpa arah tujuan..
engkau ada di persimpangan jalan..
mengajar aku erti sebuah kehidupan..

ibu..
aku rindu akan suaramu..
aku rindu untuk memelukmu.. 
terbayang wajahmu yang redup pandangan..
suara pesanan yg hinggap di gegendang
membuat aku tersenyum keseorangan..
bagiku engkaulah ratu engkaulah pujaan..
dala berjuta tiada tandingan..

ibu..
tekadku untuk menjadi sepertimu..
tabah mangharung badai dan ujian..
walau kini kau menggalas beban kesorangan..
engkau tetap tenang tanpa tangisan..
penat dan lelah sering kau ketepikan..
demi anak-anak mencapai kebahagiaan..

ibu..
ku berdoa agar engkau terus diberi kekuatan..
manjalani hidup dengan penuh kesabaran,
ketenangan dah rahmat dari Tuhan..
akan ku mahkotakan segala impian..
akan ku balas segala pengorbanan..
dengan kejayaan yang ku bawa pulang..

i love u..n only u.. <3

luahan hati dari anakmu yang jauh.."elinaseisei"

2 comments: