Followers

Monday 25 March 2013

Kunjungan ke Rumah Anak Yatim al-Takwa, Hulu Perak..

Rakaman kenangan di sebalik kunjungan..kepada sesiapa yang bermurah hati bolehlah salurkan sumbangan kepada pihak asrama ini demi meningkatkan prasarana dan kabajikan anak-anak yatim di sini. Sesungguhnya kunjungan ini amat bermakna kerana mendekati anak-anak di sini adalah satu anugerah dan pengalaman yang tidak mampu dilupakan. Semoga anak-anak ini berada di bawah lindunganNya..

 





















Janganlah melakukan zalim kepada anak yatim, orang miskin dan janda. Bantulah mereka, kasihanilah mereka. Allah akan memberi ganjaran yang begitu tinggi pada sesiapa yang melakukannya.


Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 6.
Yang bermaksud: Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).






No comments:

Post a Comment