Followers

Tuesday 4 September 2012

Tingkatan 6 Segar Dalam Ingatan

Assalamualaikum..
salam ukhuwah salam 1 Malaysia.eheee

Apa khabar u olls semua..hopefully semuanya dalam keadaan baik-baik..Masih dalam mood raya lagi ke?maklumlah raya sebulan kan..kalau boleh semua rumah kita nak jelajah..ha3..masa raya hari tu saya jumpa balik dengan kawan-kawan lama masa tingkatan 6 dulu..rasanya begitu pantas masa berlalu dan segalanya telah berubah,,
Pejam celik, pejam ceelik dah lebih 4 tahun kenangan ni berlalu..ramai kawan-kawan yang sambung belajar ke peringkat ijazah dan tak kurang juga yang dah kerja..serius rasa jelessss!!!!!!..bila lah saya nak keje ni..hu3
Rasa rindu kat diorang ni tak boleh nak kata apalah..teringat zaman kami sama-sama belajar, berhempas pulas study masa tingkatan 6.sampai nak pecah kepala bila exam menjelma. Saya masuk sekolah tu start pertengahan tahun 2008 lepas balik plkn..Jadi student baru kat sekolah tu memang susah jgklah nak suaikan diri pada mulanya..diam n skema je..lama2 dah kenal mereka semua..besttt rasanya..sporting habes!!:D


 Ni kelas yang paling happening sekali..6 Atas Khaldun seramai 24 orang..Ramai dara dari teruna..haha ..Cun kan guru kelas kami Puan Mashita Mahadi..^_^..memang awesome!


Ni gambar Persatuan Tingkatan 6 SMK Seri Medan..gabungan tiga kelas (Ibn Khaldun, Ibn Sina dan Ibn Batutah)..Nampak hijau je kan..heee :) Time ni saya pegang jawatan sebagai naib pengerusi II..nak tak nak saya pegang jelah jawatan tu dengan rela hati..:D 



Ni sessi P&P dalam kelas..kena berforum..huh siyeess bergetar lutut, tapi dengan diorang ni keadaan santai je..siap ade yang berlawak lagi..mana tak pecah perut dok gelak je..


sempat lagi merakam kenangan di Seminar Kerjaya Hotel Caterina..:) dari jauh nampak student baju hijau, tau lah student form 6 SMKSM..hehe,


camping tyme!!! 2hari 1 malam di Bukit Inas.. seronok join camping ni, macam2 ilmu yang saya dapat..and the most important is enjoy..^__^


Bila exam semakin dekat..masing-masing sibuk study..Nak berjaya kenalah usaha bukannya kejayaan tu datang bergolek sendiri..kan3..See my class monitor, Norman join study sekali..Time ni lah sibuk buat nota, buat latihan, ada yang rajin pergi library..


Ni paling best..kami buat jamuan kecil dalam kelas..tapi tak banyak pic lah plak saya snap..hu3..nampak tak baju yang kami pakai sama..design sendiri khas untuk kelas kami..cantik kan..kreatif betul budak2 nih..saya tinggal pakai je..ehehe :)


Kami si baju hijau..macam-macam gaya ada,,hu3..


gelagat 4 jejaka dalam kelas kami..memang pening kepala!! tp diorang ni lah yang buat kelas kami happening..kalau tak ada mereka sure sunyi kelas tu..:P



Ni kenangan pergi lawatan ke rumah Sei Kenangan di Johor Bharu.Saya tak lepas peluang join sekali, ternyata memang best!!! kalau tak bila lagi kan dapat peluang macam ni..


ni geng koir kami..kena wat persembahan time karnival anti dadah kat sekolah..last minute pon jadi..hehe..sy anggap sebagai 1 pengalaman..mana tau ada diantara geng ni nanti jadi penyayi,,hik3


sesi bergambar sebagai rakaman kenangan di Majlis Sambutan Maulidur Rasul..tema purple..heee3 hasil idea kawan2 sekelas..terbaik!!! dari kami..


Sekilas memori indah semasa menyambut sambutan Maulidur Rasul kat sekolah..Jangan tak sangka kami dapat naib johan masa perarakan ni..kakak2 and abg seniur, malulah kalau kalah..haha



dari atas sebelah kiri :Esma (UPSI), najiha-(UNIMAS) , ahadiah (bekerja), mira (bekerja), sita (UPSI), syuhada (nursing), hawa (UITM), saudah-UPSI (pend.it), syafika (bekerja), umi, erna, diana (KPTM-nursing), anis (UUM), seha (UNIMAS), enon (UUM), elina (UPSI), syikin (UITM), ainatul (UMS), combi (UITM), sarah, shahir (UMK) , norman (UTHM), hairil (UPM), salleh (kerja-tentera laut) 

Sekali lagi kenangan bersama guru dan rakan-rakan Tingkatan 6 Atas Khaldun..Buat Pn. Mashita terima kasih kerana sabar melayan karenah kami..Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat..korang memang the best!!! 
Buat rakan-rakan sekalian yang kini berada jauh di mata dan punya komitmen masing-masing hopefully kenangan ni jadi pengikat tali persahabatan kita..:) kejayaan kita milik bersama..


Alhamdulilah..berkat usaha dan penat lelah..akhirnya kami berjaya dalam STPM..betul kata bijak pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..jadi kepada adik-adik yang berada di tingkatan 6 sekarang, cayok2 ok!! tinggal selangkah lagi nak masuk u..tak ada yang mustahil jika kita berusaha mendapatkannya..:)

Jadi jangan dengar cakap orang masuk Tingkatan 6 ni tak best..sangat untung sebenarnya,,macam yang cikgu-cikgu selalu sebut tu tinggal selangkah je lagi nak masuk U buat degree..apa yang penting kita mencuba sebaiknya..


1 comment: