Followers

Thursday 27 September 2012

Kamu...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas hari ini..Sungguh besar keagungan Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dan kita sebagai hambanya perlu bersyukur atas segala nikmatnya. Aku pula terkadang seakan lemah dalam melayari bahtera kehidupan ini..buat teman-teman yang dekat selalu pasti mereka mengerti apa yang aku alami. Aku bisa tersenyum namun aku lemah dalam kepura-puraan itu..
Ya..aku perlu kuat untuk semua ini..selagi aku mengingati aku rebah tak bermaya,sakit hati!sakit pada insan yang yang tak mengerti perasaan ini..Ahhh manusia memang begitu, sekelumit bahagia ini pon mahu diambilnya..





Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akanku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu baunya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawakah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana...Dan sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu ketawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu pujangga hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...



6 comments:

  1. menghargai apa yg masìh tinggal di depan mata lebih menenangkn.

    ReplyDelete
  2. tak mudah kita melupakan sesuatu yg kita sayangi..perit..sakit..

    ReplyDelete
  3. binalah smula semangat mu. Ni bkn ptanda hdupmu sudh berakhir wahai saudari. Jgn biarkn dia mentertawakan mu

    ReplyDelete
  4. untuk membina semula semangat perlukan masa.,ku perlukan sokongan dan dorongan teman-teman..namun kenangan itu tetap dalam hati..sukar untuk dipadam..

    ReplyDelete
  5. Kadangkala apa yg berlaku meminta kita untuk menoleh semula kebelakang, mengingati semula perbuatan masa lalu. mungkin ada sebb dan hikmah atas apa yang berlaku ke atas dirimu

    ReplyDelete
  6. bersabarlah..mungkin dia bukan yang baik untuk kamu sedang kamu tak mengetahui.. dan Allah lebih mengetahui apa yang kamu tak ketahui saudari.

    ReplyDelete