Walau senyumanku tak menawan..tp aku tetap mahu tersenyum..:) hehe
bak kata pujangga
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Rahsia disebalik senyuman yang
korang perlu tahu!!!
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan
pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang
'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan
emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum,
kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan
sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan
endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan
seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan
individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila
kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda
ketawa.
6. Anda juga perlu
sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak
berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya
15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa
lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat
oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak
baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di
atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan
pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan
selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa,
sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras
dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang
penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi
melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu
merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini
secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti
bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai
kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang
diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan
ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300
responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang
ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa
antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem
pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam
abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan
meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan
psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga
dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan
penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar
kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi
pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum
itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang
kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa
memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan
lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga
untuk memulakan sesebuah ikatan.
No comments:
Post a Comment