Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk
Melalui penelitian terhadap seloka Pak Kaduk ini, beberapa
ciri penting yang perlu kita lihat ialah tema, persoalan, gaya bahasa, nilai
dan pengajaran. Aspek-aspek ini merangkumi sebahagian pengajaran KOMSAS yang
perlu dikuasai oleh para pelajar.
i. Tema
Seloka Pak Kaduk bertemakan kebodohan iaitu
ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perbuatan
atau bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Kebodohan yang
dilakukan oleh diri sendiri mengakibatkan diri seseorang itu akan ditimpa nasib
malang. Sebagai contoh, kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa menggunakan akal
fikiran secara waras menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib malang.
ii.
Persoalan
Terdapat pelbagai persoalan dalam
“Seloka Pak Kaduk”, antaranya ialah
1. Segelintir golongan pemimpin atau golongan
atasan yang sanggup mengambil kesempatan terhadap rakyat yang lemah dan bodoh. Sebagai
contoh, tindakan Raja yang mengambil kesempatan ke atas kebodohan Pak Kaduk
menyebabkan Pak Kaduk menglami kerugian.
2. Kebodohan dalam bertindak tanpa menggunakan
akal fikiran yang waras akan merugikan diri sendiri. Sebagai contoh, Pak Kaduk mengalami kerugian dalam hidupnya kerana
tindakannya yang bertukar ayam dengan Raja dibuat tanpa berfikir panjang.
3. Kesan buruk
perbuatan suka berjudi. Sebagai contoh, sikap Pak Kaduk yang suka berjudi
menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib yang malang.
4. Manusia
sanggup bertindak kejam kerana dipengaruhi perasaan marah. Sebagai contoh,
perbuatan Pak Kaduk yang sanggup membunuh isteri sendiri kerana marahkan
isterinya yang selalu menegur perbuatan bodohnya itu.
5. Sikap
suka membazir. Sebagai contoh, Pak Kaduk membuang
nasi menyebabkan dia berada dalam kelaparan.
vi.
Bentuk
Seloka Pak Kaduk
merupakan sebuah puisi berbentuk bebas atau tidak terikat. Seloka ini mempunyai
tujuh hingga sembilan suku kata dalam setiap baris. Rima akhirnya terdiri
daripada a,b,c,c,d,e,f,c,c. Seloka ini juga hanya mengandungi satu rangkap
sahaja. Dari segi perkataan. Seloka Pak Kaduk mempunyai tiga hingga lima patah
perkataan.
vii.
Unsur Sindiran
Melalui seloka Pak
Kaduk ini, terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik
secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan dalam
seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Pelbagai
unsur sindiran yang terdapat dalam seloka Pak Kaduk. Antaranya ialah sindiran terhadap
manusia yang suka berjudi sehingga mengorbankan harta, tanah dan kampung. Sebagai
contoh, ayam menang kampung tergadai.
Terdapat juga
unsur sindiran terhadap manusia yang terlalu yakin akan mendapat sesuatu yang
belum pasti. Contohnya, Ada nasi dicurahkan. Selain itu, unsur sindiran
terhadap manusia yang bertindak secara melulu atau emosional juga ditunjukkan
dalm seloka tersebut. Sebagai contoh, ada isteri dibunuh.
viii.
Gaya Bahasa
Aspek gaya bahasa
i.
Metafora
Metafora ialah perbandingan
dengan sesuatu yang berbentuk abstrak dan konkrit. Contohnya, masa belayar
ii.
Responsi
Responsi ialah pengulangan
kata di tengah baris. Contohnya,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang
iii.
Aliterasi
Aliterasi ialah pengulangan
bunyi konsonan yang sama dalam satu ayat. Contohnya, pengulangan konsonan n
dalam baris berikut,
ayamnya menang
kampung tergadai
iv.
Asonansi
Asonansi ialah pengulangan
bunyi vokal yang sama dalam satu ayat. Contohnya pengulangan bunyi vokal a
dalam baris berikut,
aduhai malang
Pak Kaduk
v.
Sinkop
Sinkop bermaksud penyingkatan kata. Contohnya,
penyingkatan kata tak daalam baris berikut,
Nyaris mati oleh tak
makan
vi.
Paradoks
Paradok ialah penyataan
yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan
pendapat umum atau realiti. Contohnya dalam baris berikut,
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
ix.
Pengajaran
1. Kita
hendaklah bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah. Sifat sabar perlu ada
dalam diri setiap individu kerana kesabaran yang tinggi mampu menguji kekuatan
iman seseorang dalam meyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, Pak Kaduk
bersabar terhadap isterinya yang selalu menegur perbuatan bodohnya.
2. Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang merugikan diri
sendiri. Dalam melakukan apa jua tindakan, seseorang itu perlu berfikir
terlebih dahulu demi memastikan tindakan yang dilakukan memberi kesan yang baik
bukan sebaliknya. Sebagai contoh, Pak Kaduk mesti
berfikir dahulu sebelum bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam Sultan yang
menyebabkan kampungnya tergadai.
3. Kita mestilah
mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan membazir. Sifat suka membazir
tidak kiralah dari segi masa, wang dan sebagainya perlu dielakkan kerana hanya
merugikan diri sendiri. Sebagai contoh, Pak Kaduk tidak wajar
membuang nasi yang sepatutnya dijadikan makanan keluarganya.
iv.
Nice
ReplyDeleteslide yg cantikkkk
ReplyDelete