Followers

Monday 30 July 2012

Tips kekalkan hubungan CINTA

Assalamualikum..
Hurmm hari-hari nak cakap soal cinta..Ada apa dengan cinta??Bukan ke cinta tu buta..haha aku sendiri peninglah bila ckp soal cinta ni..seriously cinta ni buat aku pening kepala saja. Xoxo..Tapi tak apelah bukanke ni anugerah dari Allah. Bila dah bercinta semua jadi indah seperti dunia ni aku yang punya..:P Tapi cemburu jugaklah bila tengok pasangan lain kat luar sana yang bahagia kan..hehe ok  ni some tips  tuk korang yang  mahu mengenali cinta and jagalah  hubungan tu agar berkekalan hingga ke anak cucu..

1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA
Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.

4. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..

5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.

6. JANGAN KELAM KABUT
Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.

7. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.

8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.



Sunday 29 July 2012

Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum semua J
Hidup yang kita lalui ni tak selalunya indah dan tak semudah yang kita sangka. Suatu masa kita mampu berada di atas tapi suatu saat mungkin kita akan berada di bawah. Kadangkala kita merasa diri ni terlalu kerdil di sisiNya. Apatah lagi ketika ditimpa musibah. Masa ni lah kita rasa menyesal atas perbuatan yang lalu. Saya pasti semua orang melalui hal yang sama kerana tak mungkin kita hidup di dunia ini penuh dengan kenikmatan yang berpanjangan.
Pernah juga kita merasa kurang tenang atau terlalu sedih dengan sesuatu yang tidak mampu kita terima. Saya juga pernah mengalami kesedihan yang terlampau apabila ayah saya meninggal dunia. Namun segala yang berlaku atas kehendakNya dan siapalah kita mampu melawan takdirNya. Saya redo dan  bagi saya hanya satu sahaja penawar yang mampu  menenangkan jiwa saya  iaitu Al-Quran. Ni lah satu-satunya buku kesayangan yang tak boleh saya tinggalkan kerana itulah jiwa saya. Kalau miss baca macam ade yang kurang je. Percayalah walau dengan hanya membaca satu ayat tapi ganjarannya amat besar. Dari kecil sampailah sekarang ni, saya amalkan membaca Al-Quran setiap hari selepas solat magrib. Alhamdulillah memang terasa tenang :)

Memang tak dinafikan kadangkala kita sibuk dengan tugas-tugas harian sampaikan nak makan pun tak sempat. Tapi janganlah sampai kita abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Walau sesibuk manapun saya akan membaca Al-Quran melainkan ketika cuti umum..hehe J
Terima kasih juga kepada sahabat saya apabila “dia” telah menghadiahkan saya senaskah tafsir Al-Quran tahun ni. Tak sangka hadiah itu yang akan saya terima di ulangtahun hari jadi saya yang ke-22. Ni lah rasanya hadiah yang cukup bermakna bagi saya. Lepas ni bolehlah korang semua tukarkan jenis-jenis hadiah kepada kawan-kawan korang dengan hadiah seperti tu. Orang cakap ‘Full Of Meaning”..:) gitu..hehe..Tak payah nak pening-pening kepala lagi kan nak fikir apa jenis hadiah yang patut kita beli.

Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)
3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga
4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin
10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu
12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.
13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat
14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran
15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat
      *Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “


Di sini aya senaraikan 10 surah yang kita semua perlu amalkan dalam kehidupan seharian. Tolong sebarkan kepada umat Islam yang lain. Yang penting, bacalah kerana memohon rahmat Allah S.W.T., bukannya kerana fadhilat itu semata-mata.

1.     Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2.    Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3.    Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4.     Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5.      Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
6.      Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
7.  Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8.   Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9.      Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10.  Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.






Saturday 28 July 2012

6 Petanda Lelaki Boros

Assalaualaikum...Hi selamat pagi u olls..apa nak buat ye di hujung minggu macam ni..bosan jugak bila tak ada aktiviti menarik nak buat..sesekali dapat berjalan ke pantai ke, mandi air terjuan ke ,pergi shopping ke mesti best kan. Hurm tapi bajet tak ade lah pulak. Tambah pulak ni kan bulan puasa, duduk rumah sajalah nak jimat tenaga dan kos kononnya..hehe, bukan nak kedekut atau org sebut demand tapi tak nak membazir. Bukankah berjimat cermat tu amalan mulia.
           Bercakap soal membazir ni, selalu kita kaitkan wanita ni golongan yang suka membazir. Berbelanja mengikut kehendak hati saja. Almaklumlah wanita ni memang kuat shopping, satu badan nak berhias ^_^. Pada mata kasar, memang ni lah yang kita selalu nampak malah dah kena cop dah pon "wanita lebih boros daripada lelaki". Kasihan golongan wanita kan.
          Tak nak cakap pasal wanita,cuba kita perhatikan kaum lelaki pulak. Bagaimana dengan mereka?Pandai ke nak berjimat? Huhu.. Hakikatnya, kaum adam ni pun tak terkecuali dalam hal ni. Lihat sajalah, bila mereka disoal tentang isu kewangan diorang buat sikap acuh tak acuh saja kan. Nak berlagak cool kot.hehe
          Tidak hairanlah ramai yang dilihat hidup mewah di awal bulan tapi bila dah sampai hujung bulan masing-masing mula resah sebab poket dah kosong. Jom kita teliti sama-sama tanda-tanda lelaki boros atau terlebih berbelanja ni. Apakah suami, abang, pasangan atau adik kamu tergolong dalam kumpulan ni? Bolehlah kita berwaspada lepas ni kan..

6 Petanda Lelaki Boros

1. Menggunakan Wang Simpanan
Dalam keadaan terdesak mungkin wang simpanan dalam bank tu jadi sasaran kan. Inilah sebenarnya perbuatan yang sangat merugikan. Mungkin anda mengeluarkan simpanan dalam akaun bank, amanah saham, insurans dan sebagainya untuk membayar bil-bil tertunggak. Masa mula-mula dapat gaji semua lupa nak dibayar. Akhirnya, duit dalam bank pun lama-lama habislah dan mungkin menjejaskan pendapatan masa depan nanti.



2. Suka Buat Pinjaman/ Berhutang
Situasi ni samalah seperti "gali lubang". Bila dah terdesak suka ambil jalan mudah dengan berhutang dengan kawan-kawan. Masa tu malu bukan ukuran lagi asalkan dapat duit. Ada juga yang gemar buatpinjaman dengan jumalah yang banyak di bank. Hakikatnya anda tidak tahu, keadaan ini semakin membebankan kerana anda perlu membayar kadar faedah yang tinggi kelak. Mungki juga boleh sampai muflis jika nilai hutang tu terlalu tinggi.


3. Berbelanja Guna Kad Kredit
Tak kurang hebatnya bila ada lelaki yang suka berbelanja guna kad kredit walaupun pada masa tu adawang tunai dalam tangan mereka. Kononya nak berlagak macho lah guna kad kredit depan awek mereka. Malah perbuatan suka mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit untuk tujuan membeli barangan yang kurang perlu bolah mengumpulkan nilai hutang yang anda tidak sengajakan.


4. Terima Notis Bayar Lewat
Kadang kala anda tidak menyedari notis-notis pembayaran yang posmen hantar kat rumah tiap hari tu. Sudah berkurun agaknya dalam peti surat. Secara tak langsung anda telah terlewat untuk membayar dan ketika inilah anda mungkin dalam dilema mana satu nak didahulukan kerana bil yang menanti bulan tersebut perlu dibayar juga.

5. Membelanjakan Wang yang Belum Diperolehi
Sesetengah golongan lelaki ni suka hidup bermewah-mewah dan berbelanja berlebihan daripada jumlah pendapatan mereka. Wang simpanan digunakan sewenang-wenangnya dengan harapan nak simpan duit untuk bulan yang akan datang. Tapi bila dah tiba masanya semuanya jadi lain. Tabiat lelaki ni selalunya suka beli barangan mahal dan berjenama. Biar harga mahal manapun sanggup juga beli asalkan keinginan mereka dipenuhi.

6. Tidak Sedar Ke mana Wang yang Dibelanjakan
Anda telah sampai ke satu tahap di mana wang untuk membeli barang-barang sampingan telah habis.Bila dah jadi masalah seperti ni malas pula nak buat post-moterm kan. Awas! ini sangat membahayakan kerana pada bila-bila masa boleh saja berlaku kecemasan yang memerlukan wang yang banyak ketika itu. Sebolehnya lakukanlah catatan peribadi terhadap wang perbelanjaan anda.





Sebuah Perkenalan...

Hi..Assalamulaikum..^_^
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi..dah lewat macam ni pun mata still tak mengantuk lagi..bulan-bulan puasa ni terlebih energy agaknya..hehe..Daripada buang masa admin nak berfantasi sekejap.,.hehe,biaselah malam yang sunyi macam ni banyak idea pulak yang datang..Tajuk sajak ni "Sebuah Perkenalan" n mungkin u olls kat luar sana pernah mengalami peristiwa yang sama dalam puisi ni..hehe ^_^.. Agak-agak korang kalau rasa best puisi ni bolehlah deklamasikan..:D

Saat aku mengenali dirimu..
Hati tak terkata dek luahan rasa..
Lidah kelu mengatur bicara..
Apakah ini suatu khayalan atau mainan..
yang datangnya tidak ku duga..

Perkenalan ini..
seperti sebuah novel yang tiada kesudahan..
membawa seribu satu pertanyaan..
adakah ianya berkekalan..
atau sekadar mainan perasaan..

Perkenalan ini...
Seolah-olah sebuah mimpi..
Yang tak mungkin aku dapatkan..
dan kini kian terhenti..
di antara persimpangan jalan 
yang tiada arah tujuan..

Saat lamunanku terhenti..
Mindaku jadi melayang..
Tidak keruan dikejar bayang..
Bisakah dia aku dapatkan..
Walau sekadar seorang teman..
yang bisa menemani hari-hari mendatang..

Kini aku sedari..
Diri ini bukanlah sesiapa..
hanya sekadar insan dipinggiran..
Dan ternyata perkenalan itu 
hanya sebuah coretan..
yang datang berterbangan..
bak buih-buih bertaburan di lautan..



Friday 27 July 2012

Resah Di Hati...

Rasa apakah yang hadir tika ini
aku sendiri keliru
dalam hati yang kian meronta-ronta
menusuk jauh ke dalam jiwa lara
mahu saja aku tangisi namun tak terdaya
mencari jawapan yang tidak pasti
apakah engkau yang aku cari
untuk mengubat kekosongan hati
mengisi ruang yang masih tersimpan
menjadi penyambung nadi yang kian terhenti

jauh di benak fikiran
sampai bila rasa ini akan ku hiraukan
kerna setiap waktu dilalui tanpa ketidakpastian
sehinggakan aku lelah
lemah dan tiada terdaya lagi
menanti setiap saat dan detik
dengan harapan yang penuh pasti

aku yakin akan hati ini
perlukan insan yang selalu disisi
meniti hari-hari yang mendatang
bersama-sama mencoret kenangan
umpama lukisan bunga-bungaan
yang mekar tumbuh menghiasi alam
namun aku masih keliru
adakah engkau yang ditakdirkan
menjadi peneman hari siangku
melewati kegelapan hari malamku
juga merubah awan hitam itu
menjadi pelangi yang penuh warna warni

Ya Tuhanku..
andainya sudah tercatat
dia akan hadir dalam hidup ini
apakah akhirnya aku mampu menerimanya
menyintainya sepenuh jiwa ragaku
menyayanginya selagi terdaya
sungguh aku takut..aku gelisah..